Saturday 12 January 2013

Resepi Durian Crepe :)


Kat bawah nih ada gambaq durian crepe dan resepi nye sekali . hihii



Durian crepe nih tetiba jeh jadi satu fenomena bagi penggemar durian . Tapi tak syok la kan kalao kita cume tao makan jeh tapi taktao cara nak buat macam mane . Bila kita dah tao cara nak buat durian crepe , boleh la cuba untuk membuatnya sendiri . Di sini saye ingin berkongsi resepi dan cara nak buat durian crepe yang paling sedap . Nih pon amek resepi dari orang laen . Hee :)

Nih dea resepi durian crepe . Bace leklok tao :D

BAHAN-BAHAN

-Kulit Pancake-
  • 250 gm tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 500ml santan
  • ½ sudu garam
* Pewarna hijau atau apa yang mengikut citarasa anda
* Bahan inti : 1 cawan whipping cream + gula dan isi durian yang sudah dilenyek

CARA-CARA

1 . Untuk permulaan , anda harus campurkan semua bahan dan kemudian blender dan tapis .
2 . Pastikan anda guna non Stick Pan dengan api yang kecil .
3 . Tuangkan satu senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe (tidak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering) . Angkat dan biarkan sejuk .
4. Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah , lapis dengan isi durian , tutup semula dengan whipping cream .
5 . Lipat dan simpan dalam peti sejuk .

Kalao korang nak belajar resepi nih , boleh jugak buat untuk membuka perniagaan sendiri sebab permintaan durian crepe nih agak tinggi . Selamat mencuba ^^ huhuu .

Terima kaseh kerana sudi baca . kalao sudi komen la^^